Selasa, Mac 09, 2010

AWAS!! SMS tipu

Sila berhati-hati sekiranya anda dapat SMS seperti dia atas..

Al kisahnyer...semalam hubby aku tel minta aku tlg cekkan intisari rancangan tv3 07/03/2010 kol 11.30am..beliau soh aku cek ada tak rancangan about 'Coca-cola'...aku tak puas hati..apsal plak nk tau pasal intisari rancangan smalam plak nih....hubby ku ini orangnyer suker sangatla berahsia konon2nyer nk wat 'suprise'..Bila aku tanya kenaper...beliau just kata..."aderla....aderlaa......."

Aku pun akur dengan arahan... (isteri mithali..).Tapi sebenarnyer x puas hati...apsal la...aku tgk intisari rancangan semalam...tv3 kol 11.30 am ader citer kartun...Pas2 aku bgtau kat hubby aku...nih dia antara dialog aku ngan beliau:
M: Hello D...smalam 11.30am citer cartoon la...mana ader cerita pasal coca-cola...Ni ma x puas hati nih..apsal sebenarnyer...tetiba lak soh ma check intisari rancangan...
D: Mmmm..x der yer????....hehhehhe..aderlaaa.....ni antara hidup dan mati nih!!! nk bg ma suprise....
M: Suprise mendenyer...sikit2 nk suprise...cakapla aper kebendernyer tu...??
D: HuhUhu.. ok..ok..la...sebenarnye D dapat SMS..tulis simcard D terpilih untuk redeem hadiah...di F&N...ada tunjuk kat TV3 kol 11.30am..
M: Hadiah??? D ader masuk contest aper2 ker...??
D: X der lak...tapi dier kata ni cabutan bertuah melalui pin simcard...
M: Macam tipuu jer....biar betol!!! Hadiah aper??
D: Duit...Nak tau berapa???
M: Tak nak tau la...itu boleh suprisekan ma...Tapi ma rasa macam x cayer jer...nanti ma cek dalam internet dulu..ader x F&N Coca-cola buat contest..atau cabutan bertuah...
D:Dia ada kasi no contact, so tadi D dah call tya betul ker saya menang ni...Dier kata betulla...awak x tgk ker semalam tunjuk kat tv3...pastu dier soh datang ofice kat F&N kat Shah Alam tu dan redeem hadiah tu sebelum 10/3/2010.....
M: Nanti dulu D...ma siasat dl...betul ker tak nih...don't wori....sampai lubang cacing ma cari...ok nanti ma call balik..... roger n out!!!
So kerja2 programming aku...di'hold'kan buat sementara waktu(tp time nh lunch hour pun..). Cari punya cari...gali punya gali...satu website ke satu website aku google dan akhirnya aku mendapat jawapan yang sahih....

Sumber:
Harian Metro
PUTRAJAYA: Sindiket menipu orang ramai melalui SMS kembali aktif dan kali ini, sindiket yang dipercayai didalangi warga Indonesia itu menggunakan nama syarikat tertentu bagi mengaburi mangsanya.
Dalam kes terbaru, seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Diana, 20-an, dari Bangi, berkata dia terkejut apabila menerima SMS yang memaklumkannya memenangi wang tunai RM10,000 daripada peraduan yang dianjurkan syarikat pengeluar minuman itu.
“Saya tidak pernah menyertai mana-mana peraduan dan apabila secara tiba-tiba menerima SMS yang menyatakan saya memenangi wang sebanyak itu, saya jadi keliru.
“Saya pernah membaca dalam akhbar mengenai orang ramai yang menjadi mangsa penipuan seperti ini,” katanya yang datang ke pejabat Harian Metro, di sini, semalam.SMS dari talian 014-956xxx itu seperti berikut: ‘Congratulations! Nombor Telefon Anda tlh b`jaya Mendptkan hadiah Utama Wang RM10,000 dr…Sila telefon 012-812xxxx No Pin 47xx017 Terima Kasih.’
Wartawan Harian Metro kemudian menghubungi nombor 014-956xxxx tetapi tidak dijawab.
Bagaimanapun, ketika dihubungi nombor 012-812xxxx, panggilan itu dijawab seorang lelaki dan daripada dialek digunakan, ia dipercayai seorang warga Indonesia.
Ikuti perbualan antara wartawan Harian Metro yang menyamar sebagai individu yang menerima SMS itu dengan lelaki itu.

Wartawan: Hello. Saya ada terima SMS yang katakan saya menang RM10,000 daripada peraduan.
Lelaki: Ya. Semalam, kami adakan peraduan cabutan bertuah bagi pengguna nombor telefon bimbit dan nombor kamu menang peraduan itu.
Wartawan: Tapi, saya tak masuk apa-apa peraduan.
Lelaki: Ya. Memang. Tapi nombor kamu dipilih daripada beribu nombor lain. Boleh kamu bagi nombor telefon kamu sebab kami mahu masuk komputer.
Wartawan: Betulkah ini peraduan dari…?
Lelaki: Ya. Memang betul. Bagi nombor kamu sekarang.
Wartawan: Boleh saya tahu pejabatnya di mana?
Lelaki: Pejabat kami di KLCC (Kuala Lumpur City Centre).
Wartawan: Boleh saya tahu nama kamu?
Lelaki: Haji Ahmad…Haji Ahmad Yusof. Kamu kena bagi nombor telefon kamu supaya boleh dimasukkan dalam komputer. Lagi cepat kamu bagi, lagi cepat kamu dapat duit.
Wartawan: Buat apa saya mahu bagi nombor saya sebab kan nombor saya sudah dipilih sebagai pemenang?
Lelaki: Memang. Tapi saya tak tahu nombor kamu.
Wartawan: Boleh saya tahu jawatan kamu di sini (KLCC).
Lelaki: Saya kerja opis.
Wartawan: Apa jawatan kamu di sini?
Lelaki: Kerja opis la.
Perbualan terhenti di situ apabila lelaki itu memutuskan talian. Wartawan Harian Metro cuba menghubungi nombor telefon bimbit itu sekali lagi tetapi tidak dijawab.
Harian Metro pernah mendedahkan taktik sama digunakan satu sindiket menggunakan nama beberapa syarikat.

Memang sah!!! itu adalah satu penipuan...aku terus telefon hubby aku dan bgtau pasal nih...Dia pun kata sebenarnya dier pun was2 gak..yelah..saperla yang senang2 nak bagi duit free jer...RM30K plak tu..hilang akal aper????

Ramai lagi sebenarnya yang pernah terima sms macam nih...sebelum nih sms mcm nih tulis dari Syarikat Power Root...Sendiket nih didalangi orang Indon...masa hubby aku telefon pun dier dengar suara ala2 dialek Indon...

Aper yg aku baca dari pengalaman orang yang pernah kena dengan penipuan macam nih...kalau kita jumpa dier untuk redeem hadiah tu..paham2 jerla...kalau dh Indon tu ilmu2 yang luar biasa nih mmg kebanyaan diorang nih ada..dipukau kita..then kita pun turut jer arahan dier...
contoh yang dh pernah terjadi, dier akan bg arahan melalui perbualan kt hp..pukau melalui suara...minta kita ke atm machine dan buat 3rd party transfer...ini kejadian benar..kawan aku sendiri dh pernah kena..dier kata masa tu dier mmg dalam keadaan tak sedar...tau2 jer bila dier dh sedar, duit tu dh pun ditransfer..plak tu buat report kat polis, polis pun dh tak boleh nak dapatkan duit tu coz dalam sekelip mata jer duit tu dah pun dikluarkan/ditransfer ke pihak lain plak...

So..berhati2 la...jangan mudah terpedaya dengan tipu helah macam nih..Kadang2 dlm keadaan yg excited kita akan jd buntu dan x leh nk pkir...masa tu mmg kita kan percaya bulat2!!

nota tumit: Kalo la BETUL ada orang nak bg hubby aku 30K, beliau berangan nak angkat "Integra!!!"...;)

3 ulasan:

  1. aku pon dpt sms camni...ntah ende2

    BalasPadam
  2. suker ati diorang jer nak kasi duit ribu2!!! x masuk akal!!

    BalasPadam
  3. kami pon terkena jugak..baru semalam
    adoyai..

    BalasPadam