- 12/01/2009- Kelahiran putera kedua: Muhammad Darwisy Haziq...jam 9.35pm@Hospital Serdang..
~Kelahiran Haziq agak menyedihkan::haziq lemas dalam perut dan terminum air ketuban. Seminggu Haziq dalam wad ICU..masa tu hanya tuhan yang tahu betapa risau dan pilunya hati seorang ibu&ayah..Alhamdulillah kini Haziq dah hampir setahun..sihat dan cergas sampai tak tertangan aku dibuatnya..Haziq tumbuh gigi pada umur 4 bulan..dan boleh jalan pada usia 9 bulan...dan sekarang sungguh ligat...sampai x terkejar mama dibuatnya...dan yang bestnyer haziq dah pandai sebut 'cat' & 'bird'...Semoga Allah memberikan kesihatan yang berpanjangan kepada nak mama...aminn!!!
::keadaan haziq dalam wad ICU..~sedeyy!
Danish masuk wad Hospital Kuala Lumpur sebab bengkak pada ari2 (ada gak yang panggil angin pasang). Pada mulanya memang aku dan hubby usaha gak cara kampung untuk elak dari operation..malangnya semuanya tak serasi..Kesian sangat kat Danish..baru 3 tahun dah nak kena operate..dulu 1st time masa umur 8 bulan..operate di bawah ketiak sebab ada ketumbuhan..sekarang nak operate lagi...hish...tak sampai hati rasanya...too young! tapi aku nasihatkan pada mana2 parents yang anak korunk ada masalah yang sama macam anak aku nih eloklah cepat2 operate..Alhamdulillah Danish skarang dah sihat macam kanak2 lain..
- Hampir setahun lebih arwah tok wan menderita sakit keluar masuk hospital, akhirnya Allah lebih menyayanginya..Al Fatihah..semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman..Aminnn!!
::gambar kenangan arwah::
......................................................................................
4. 13/6/2009 -Dapat Kunci CF dan Kunci Rumah
- Alhamdulillah setelah setahun setengah menanti...akhirnya kami sekeluarga dh mampu memiliki rumah sendiri..sampai bila hidup nak menyewa..kalau dh rumah baru tu, paham2la ..banyak plak la nak keluar duit untuk pasang grill bagai..hsband aku spent almost 10k juga untuk buat renovation...
::gambar diambil ~umah belum complete::
5. 14/7/2009-30/7/2009-Kursus Induksi di Kampung Gajah (dan kisah disebaliknya..)
- 2 minggu lebih aku meninggalkan anak2 dan suami. Yang kesiannya anakku Haziq memang langsung tak pandai isap susu dalam botol. Sepanjang 6 bulan kalau aku gi kerja..baby sitter terpaksa minumkan susu melalui picagari...(terima kasih umi sebab sudi jaga haziq yang tak nak minum susu dalam botol..). Kesian sangat bila tiap kali balik kerja aku tengok Haziq lapar betul...yerla, banyak mana sangatla dier dapat kalau minum susu dari picagari...So,sepeninggalan aku ke induksi macam2macam usaha husband + akak ipar(import) aku buat..macam2 jenis botol susu dibeli...dan akhirnya berjaya gak memujuk Haziq minum susu dalam botol ...guna botol susu DR BROWN...dan dari saat itu aku terpaksa berhentikan haziq dari susu badan takut nanti dier tak nak plak minum susu dalam botol...
::terima kasih DR.Brown~kaula penyelamat...
6. 2/8/2009 -Pindah rumah baru
- Kami masuk rumah baru selepas 1 1/2 dapat cf..Terima kasih kepada adik2 ipar yang membantu semasa proses perpindahan...Niatnya nak merasa raya kat umah baru..Alhamdulillah..selesa sangat kalau nak dibandingkan ngan umah sewa lama...
7. 13/12/2009 - Adik Aku Kaween
- Adik aku kaween setelah setahun ikat tali pertunangan..alhamdulillah majlis sebelah pompuan berjalan dengan lancar. Majlis bertandang di rumah lelaki pada 23/1/2010...Kat entri aku sebelum nih aku dah post gambar kaween diorang...so kalau nk tgk carikla sendiri...
Alhamdulillah...aku panjatkan doa kepada Allah kerana pada saat ini aku masih dikurniakan nyawa dan ketabahan untuk melepasi tahun 2009 dengan pelbagai rintangan...Semoga 2010 yang menjelma lebih dimurahkan rzeki dan dikurniakan kesihatan berpanjangan...amin!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan