Isnin, Jun 27, 2011

Dr Azizan : Hidup Luar Biasa


Selalu dok tengok kat nasi lemak kopi 0 @ tv9 pasal program motivasi Dr Azizan,
teringin gak nak rasai sendiri betul ke tak betul apa yg diorang dok kata best sangat tuh...
So, sempena ulangtahun ke 3, program nih dan diorang tawarkan tiket free,
so aku pun terpanggil untuk pergi sendiri...together with my hubby..


Kesimpulan yang aku boleh buat:
Seminar nih memang sesuai untuk orang yang ada cita2 untuk jadi kaya
(ada ke org tak nak kaya?)
dan apa yang dr Azizan tekankan bisness adalah jalan untuk jadi kaya!!
"9/10 kekayaan adalah daripada perniagaan"...itu yang pastikan???

Aku mengambil +ve tentang tips yang Dr Azizan bagi walaupun setakat nih hati aku belum ada cita2 untuk buka bisness..
walaubagaimanapun, untuk berjaya tak kira dalam apa bidang sekalipun kita perlu untuk:

Berikan 100% komitment terhadap apa yang kita buat
Perlu ada ilmu dalam bidang yang kita ceburi
Perlu ada impian dan target yang spesifik
dan yang penting
KUASA BERTINDAK!!!

Impian sahaja tanpa tindakan tak akan merubah apa2. Itu yang pasti!!!

"Dah sampai masanya untuk kita Hidup Luar Biasa..Keluarlah dari kepompong kebiasaan dan maksimakan potensi diri kerana hidup hanya sekali!! Jadikanlah hidup anda Luar Biasa dan bukan biasa-biasa ajer"
-aku suker sangat ayat nih..-


Rabu, Jun 22, 2011

kaween


Giler kentang ahhh...

berkurun lama aku tak jenguk blog nih..bukan lagi bersawang,
sikit lagi dh bleh jadi rumah hantu dah..
muahahaa...

banyak gak citer sebenarnyer leh kalo nak storie tapi ishhh...malaih ler raser nak naip panjang2
layanla gambar2 kahwin cousin husbandku..


pengantin:
Dr. ZulAizat b Hj Faisal & Norbaizura bt Dato' Bakhtiar
venue:
Dewan SUK Selangor
date:
5/6/2011






sekian..