Khamis, Ogos 18, 2011

Alhamdulillah..bertemu HiGOAT..


Salam Ramadhan..

Walaupun hari ni dh 18 hari kita melalui Ramadhan, x lambat lagi kot mama nak wish Salam Ramadhan buat semua..Dah lama mama tak update blog...sebenarnya banyak peristiwa berlaku sepanjang Ramadhan ni...baru hari ni berkesempatan nak update blog..

Al kisahnya, 2 Ramadhan yang lalu, abah mama sakit dan ditahan di wad hospital Slim River. Mulanya, abah cuma sakit kencing tak lawas...mungkin penyakit batu karang abah yang dulu datang balik..setiap hari mama telefon mak kat kampung tanya pasal kesihatan abah, dan makin lama semakin teruk plak..seminggu berlarutan sakit abah, mak bawa abah ke klinik swasta...urat kaki abah dh mula timbul..dan bila bagitau yang abah mmg pesakit diabetes, doktor tu kata timbul urat kaki tu biasa...dia bekalkan ubat tahan sakit dan sakit urat.

2 hari lepas makan ubat tu, mak telefon bagitau urat kaki yang timbul tu bertukar kepada bengkak. Kaki abah dah bengkak bermula di betis hingga ke buku lali. Makin hari makin teruk bengkaknya sampai abah dah tak boleh jalan. Dan 2 Ramadhan yang lalu abah admitted..




Kata doktor, darah abah kena jangkitan kuman...salur darah plak tersumbat. Darah perlu dicairkan kalau tak, jangkitan kuman akan merebak ke paru2. Suntikan perlu diberi segera. Seminggu abah di hospital. Mak adalah peneman setia abah setiap masa.

Setiap hari ada saja tetamu melawat. Alhamdulillah...x putus orang mendoakan kesihatan abah..
Satu hari, salah seorang anak jiran datang. Dia bertugas sebagai nurse di hospital di Negeri Sembilan. Dia syorkan abah minum susu HiGOAT. Ramai pesakit diabetes serasi dan kandungan gula mereka normal bila minum susu HiGOAT.

Dan tanpa berfikir panjang mama trus search kat internet dan jadi ahli untuk dapatkan HiGOAT. Korang bleh klik sini untuk tau lebih lanjut pasal HiGOAT dan bleh jana income juga!!
Nanti mama akan cerita banyak lagi pasal HiGOAT..




nilah antara produk -produk yang abah minum sekarang

Dan hari ini Alhamdulillah...subuh tadi mama telefon mak di kampung taya kondisi abah, abah dah semakin baik. Baru seminggu abah amalkan minum susu HiGOAT...dah boleh jalan sikit2 tanpa tongkat dan hari ni abah dah bole berpuasa semula.....
Nampaknya ada kesan positif minum HiGOAT..dengan keizinan ALLAH jua..semoga ALLAH sembuhkan sakit abah...dan dapat menikmati hari raya bersama seperti tahun2 yang lalu AMINN!!!!


Khamis, Julai 14, 2011

Dinner

Kali nih nak crita pasal makan..
Selalu kalau balek kerja mmg x sempatnyer nak masak..
sampai umah kol 6, rush nak amik anak2 kat taska..
nak layan kerenah diorang lagi..
nak kena layan mandi dalam bilik air pun dh berjam2..
alih2 Maghrib!!!
so slalu dinner nasi bungkus jer..

Tapi semalam aura nak memasak tu kuat plak..
Alhamdulillah semalam dapat rezeki lebih..
Nak bw family makan kat luar abahnyer balik kerja pun pukul 8.30mlm..
Sure dh penat nak kuar...
So, mama decide masak jerla...
Dengan kelam kabutnya berjaya gakla hasilkan 2 menu...
Alhamdulillah...


Asam pedas ikan pari

Tempe goreng berlada

Seronok bila tengok abahnye makan bertambah2..
Yg bestnya abahnye kata;"boleh jual asam pedas ma nih"..;p
...............................

Jumaat, Julai 01, 2011

Medical Card


2 - 3 hari ni mama sibuk sungguh men'survey' pasal medical card.Entah kenapa rasa risau jer bila x der medical card...
Maklumlah sekarang ni anak2 makin lasak..melompat sana, lompat sini...

Macam2 medical card mama survey, AIA..MAA..PruBSN..Etiqa
Currently, everyone dh ada life insurance, so we just need medical card for protection in case kena masuk ward ke..kita tak tahu apa akan jadi akan datang....tambahan plak anak2 sekarang senang sangat nak demam... (mohon Allah pelihara kami sekeluarga dan jauhkan dari segala mala petaka..aminn!!) Mama nak cari yang paling minimum kena bayar, dan medical card yang bleh cover whole family...

Cari punya cari punya cari, jumpala satu website nih pasal cuepasc care yang menawarkan medical card untuk keluarga. http://www.cuepacscare.my . Korang bleh la tgk website nih..caruman untuk keluarga hanya RM40.85 sebulan. Kalau saper yg single sebulan cuma RM15.85 sajer. Memang setakat nih yang terendah yang mama dah survey. Manfaat dier pun banyak...bleh rujuk sendiri kat website.
Apa yang mama faham, dengan adanya medical card, kos rawatan, pembedahan dan pembayaran bil hospital (warded) akan ditanggung sebaliknya kalau insurans tanpa medical card, biasanya hanya cover penyakit2 kritikal + elaun hospital sahaja (bergantung kepada polisi). Contohnya: Demam denggi dan masuk ward: kalau kita ada medical card, selamatla duit untuk bayaran bil hospital.. (life insurans x cover untuk demam denggi, ok!)

Apa2 pun kesihatan, kecelakaan, ajal semua di tangan Allah. Kita hanya buat persediaan untuk menerima sebarang kemungkinan sekiranya Allah ingin menguji kita. Wallah Hu Alam..