Khamis, Julai 14, 2011

Dinner

Kali nih nak crita pasal makan..
Selalu kalau balek kerja mmg x sempatnyer nak masak..
sampai umah kol 6, rush nak amik anak2 kat taska..
nak layan kerenah diorang lagi..
nak kena layan mandi dalam bilik air pun dh berjam2..
alih2 Maghrib!!!
so slalu dinner nasi bungkus jer..

Tapi semalam aura nak memasak tu kuat plak..
Alhamdulillah semalam dapat rezeki lebih..
Nak bw family makan kat luar abahnyer balik kerja pun pukul 8.30mlm..
Sure dh penat nak kuar...
So, mama decide masak jerla...
Dengan kelam kabutnya berjaya gakla hasilkan 2 menu...
Alhamdulillah...


Asam pedas ikan pari

Tempe goreng berlada

Seronok bila tengok abahnye makan bertambah2..
Yg bestnya abahnye kata;"boleh jual asam pedas ma nih"..;p
...............................

Jumaat, Julai 01, 2011

Medical Card


2 - 3 hari ni mama sibuk sungguh men'survey' pasal medical card.Entah kenapa rasa risau jer bila x der medical card...
Maklumlah sekarang ni anak2 makin lasak..melompat sana, lompat sini...

Macam2 medical card mama survey, AIA..MAA..PruBSN..Etiqa
Currently, everyone dh ada life insurance, so we just need medical card for protection in case kena masuk ward ke..kita tak tahu apa akan jadi akan datang....tambahan plak anak2 sekarang senang sangat nak demam... (mohon Allah pelihara kami sekeluarga dan jauhkan dari segala mala petaka..aminn!!) Mama nak cari yang paling minimum kena bayar, dan medical card yang bleh cover whole family...

Cari punya cari punya cari, jumpala satu website nih pasal cuepasc care yang menawarkan medical card untuk keluarga. http://www.cuepacscare.my . Korang bleh la tgk website nih..caruman untuk keluarga hanya RM40.85 sebulan. Kalau saper yg single sebulan cuma RM15.85 sajer. Memang setakat nih yang terendah yang mama dah survey. Manfaat dier pun banyak...bleh rujuk sendiri kat website.
Apa yang mama faham, dengan adanya medical card, kos rawatan, pembedahan dan pembayaran bil hospital (warded) akan ditanggung sebaliknya kalau insurans tanpa medical card, biasanya hanya cover penyakit2 kritikal + elaun hospital sahaja (bergantung kepada polisi). Contohnya: Demam denggi dan masuk ward: kalau kita ada medical card, selamatla duit untuk bayaran bil hospital.. (life insurans x cover untuk demam denggi, ok!)

Apa2 pun kesihatan, kecelakaan, ajal semua di tangan Allah. Kita hanya buat persediaan untuk menerima sebarang kemungkinan sekiranya Allah ingin menguji kita. Wallah Hu Alam..


Isnin, Jun 27, 2011

Dr Azizan : Hidup Luar Biasa


Selalu dok tengok kat nasi lemak kopi 0 @ tv9 pasal program motivasi Dr Azizan,
teringin gak nak rasai sendiri betul ke tak betul apa yg diorang dok kata best sangat tuh...
So, sempena ulangtahun ke 3, program nih dan diorang tawarkan tiket free,
so aku pun terpanggil untuk pergi sendiri...together with my hubby..


Kesimpulan yang aku boleh buat:
Seminar nih memang sesuai untuk orang yang ada cita2 untuk jadi kaya
(ada ke org tak nak kaya?)
dan apa yang dr Azizan tekankan bisness adalah jalan untuk jadi kaya!!
"9/10 kekayaan adalah daripada perniagaan"...itu yang pastikan???

Aku mengambil +ve tentang tips yang Dr Azizan bagi walaupun setakat nih hati aku belum ada cita2 untuk buka bisness..
walaubagaimanapun, untuk berjaya tak kira dalam apa bidang sekalipun kita perlu untuk:

Berikan 100% komitment terhadap apa yang kita buat
Perlu ada ilmu dalam bidang yang kita ceburi
Perlu ada impian dan target yang spesifik
dan yang penting
KUASA BERTINDAK!!!

Impian sahaja tanpa tindakan tak akan merubah apa2. Itu yang pasti!!!

"Dah sampai masanya untuk kita Hidup Luar Biasa..Keluarlah dari kepompong kebiasaan dan maksimakan potensi diri kerana hidup hanya sekali!! Jadikanlah hidup anda Luar Biasa dan bukan biasa-biasa ajer"
-aku suker sangat ayat nih..-